Kompleks Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri

Kutipan Wakaf Tunai

Sumbangan & Jariah

Sumbangan anda boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui Skim Wakaf Tunai dan Pembangunan. Sumbangan anda layak untuk pelepasan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan nombor rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6-7323

Sumbangan online

Objektif, Visi dan Misi

Objektif Memenuhi tuntutan Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Melahirkan seberapa ramai ilmuan Islam yang Hafiz al-Quran dan menguasai ilmu hadis. Memenuhi tanggungjawab bersama mengembangkan agama Islam yang agung. Mengajak masyarakat melabur melalui saham wakaf untuk faedah dunia dan akhirat.

Sejarah

DARUL QURAN WAL-HADIS AN-NASRI telah ditubuhkan pada 12 Rabiul Awwal 1434 Hijrah bersamaan 24 Januari 2013 Masihi merupakan sebuah institusi pengajian Islam yang menitik beratkan pendidikan tahfiz al-Quran, hadis dan pengajian Islam sehingga ke peringkat lanjutan sebagai pelengkap kepada pusat pengajian Tahfiz al-Quran yang tumbuh dengan pesat serata tempat di Malaysia pada masa ini.

Organisasi

Carta Organisasi Darul Quran Wal-Hadis An-Nasri Portfolio HAJI AHMAD TAJUDIN BIN HAJI ARSHAD (PENASIHAT) Memegang jawatan sebagai Penasihat, merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dengan produk Halalan Tayyiba (IMP) dan seorang yang banyak membantu dalam perkembangan Pendidikan Islam.